"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik
isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah,
cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak
sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah
siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik
kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan
perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin
berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke
Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun
terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak
sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit
demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya
mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak
dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju
sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la
sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang,
sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks
Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata
Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia
aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak
ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun
Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia
terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak?
Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal
emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala
Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya
isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......